top of page

Sejarah Penubuhan Unit Harta & Wakaf

PKEINPK Sdn Bhd (PSB) ialah syarikat milik penuh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menjalankan perniagaan berteraskan sektor perladangan, penjagaan kesihatan dan hartanah. Pada tahun 2020, Unit Harta & Wakaf telah ditubuhkan bagi tujuan membantu MAIPk meningkatkan kutipan dana wakaf tunai dan mengurus harta wakaf milik MAIPk termasuk pelaburan kepada dana wakaf.

 

 

Unit Harta & Wakaf dibarisi oleh kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran, berpengalaman dan profesional dalam bidang yang diperlukan bagi memperkukuhkan strategi pelaksanaan yang dirancang meliputi bidang pengurusan kewangan Islam, perundangan Islam, pemasaran dan komunikasi, pentadbiran hartanah, perancangan dan hubungan strategik, pematuhan syariah dan lain-lain.

Misi
Visi

Menjadi sebuah unit pengurusan harta wakaf korporat yang cemerlang dalam membantu MAIPk meningkatkan nilai harta wakaf ke tahap yang mampan, lestari dan berkelangsungan bagi kepentingan sosioekonomi ummah.

Menjana harta wakaf dan manfaat wakaf MAIPk berlandaskan prinsip korporat dan amanah melalui pendekatan pengurusan profesional, produktif, berstrategi, berinovasi serta telus.

Fungsi UHW

Mengumpul dan meningkatkan hasil kutipan dana serta harta wakaf.

Mengembangkan nilai dana dan harta wakaf bagi pembangunan ummah serta memacu ekonomi Islam.

Mempromosikan wakaf serta memupuk kesedaran berwakaf di kalangan masyarakat dan juga syarikat korporat.

Mengurus serta membangunkan harta wakaf (tidak alih) milik MAIPk dan PSB  bagi dimanfaatkan sebagai aset pembangunan ekonomi ummah.

bottom of page