WAQAF 365
Majlis Pelancaran WaQaf 365
Updated: Jan 31
Menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sudi mencemar Duli berangkat ke Majlis Pelancaran WaQaf 365 pada 13 Mei 2022 bersamaan 12 Syawal 1443H.

WaQaf 365 merupakan program di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak Sdn. Bhd. (PSB), iaitu syarikat penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
‘365’ adalah simbolik sebagai mesej kepada semua umat Islam bahawa amalan berwakaf ini boleh dilaksanakan setiap hari dan sepanjang tahun.
WaQaf 365 menggunakan saluran Infaq-pay bagi mendekati pewakaf untuk berwakaf secara ‘direct debit’ setiap bulan atau secara one-off. PSB telah mensasarkan 10,000 pewakaf atau jumlah kutipan RM3.6 juta setahun.
Bagi Tuan/Puan yang ingin berwakaf, jom berwakaf tunai menerusi program WaQaf 365 MAIPk-PSB serendah RM1.00 sehari. Dana wakaf ini akan dikumpul seterusnya disalurkan dan dilestarikan dalam sektor pendidikan, kesihatan dan ekonomi.
============= Sila klik pautan berikut untuk berwakaf tunai secara bulanan atau secara langsung:
Berwakaf sekali bayar (one-time): https://infaqpay.my/plus/wakaf365
Berwakaf melalui potongan debit bulanan: https://infaqpay.my/go/wakaf365
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Harta & Wakaf di talian: +605-241 2641/ 243 1707 atau emel kepada waqaf@pkeinpk.com