WAQAF 365
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 & 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅
Pada 1 Ogos 2022, Ketua Pegawai Eksekutif PSB, Tuan Abd Rahman Abdullah Thani dan Unit Harta dan Wakaf telah mengadakan kunjungan hormat ke Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kunjungan ini adalah susulan daripada kunjungan hormat yang telah diadakan pada 22 Januari 2022 yang lalu.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Tabung Haji serta Pegawai-Pegawai Kanan yang sudi menerima kunjungan dan pembentangan cadangan model kerjasama kutipan wakaf. Usaha untuk membuka ruang sinergi bagi memperkasa wakaf dalam negara ini akan diteruskan demi kemaslatan ummah dan kelestarian ekonomi negara. Pihak PSB mendoakan agar Tabung Haji terus menjadi institusi kewangan yang ulung dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ummah.
#WaQaf365 #amanahlilwaqaf #lembagatabunghaji