WAQAF 365
𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 & 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐆𝐄𝐑𝐈𝐊

Para salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:
“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a.
Unit Wakaf melalui WaQaf 365 telah mengadakan 𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐆𝐞𝐫𝐢𝐤 pada 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 𝟏𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟑 yang bertempat di 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐆𝐞𝐫𝐢𝐤. 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐚𝐳𝐫𝐮𝐥𝐀𝐛𝐝 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐀𝐥-𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫𝐢𝐲 telah dijemput sebagai penceramah program. Program juga dihadiri oleh Orang Besar Jajahan Grik, YDH Dato' Ar.LA Meor Roslan Bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi.


