WAQAF 365
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 & 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞-𝟏𝟒
Pada 16 Mei 2023 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Harta & Wakaf kali ke-14 Bil1/2023. Unit Wakaf mengucapkan terima kasih kepada wakil pengurusan Jawatan Pembinaan Pembangunan Kompleks Muhammad Al-Fateh dan wakil daripada Bursa Malaysia Berhad atas kesudian membentangkan kertas kerja cadangkan kerjasama bersama PKEINPK SDN BHD dalam industri wakaf. Pelbagai isu dibincangkan khususnya usaha-usaha pembangunan tanah wakaf & mencari solusi terbaik meningkatkan kutipan wakaf tunai. Semoga semua usaha ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.



