top of page
Search
  • Writer's pictureWAQAF 365

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅



Bagi menjayakan mandat untuk meningkatkan kutipan wakaf tunai am, PSB telah melancarkan program WaQaf 365. Menerusi kaedah kutipan yang berteraskan teknologi terkini secara atas talian yang mudah, berterusan dan sistematik. WaQaf 365 akan terus menjadi nadi kepada dana wakaf tunai di negeri Perak.

Menerusi memorandum perjanjian yang telah dimaterai bersama 4 rakan strategik ini, PSB merangka pelbagai perancangan melibatkan instrumen wakaf menerusi aktiviti dakwah, kutipan dan inovasi yang berteraskan kepada kepakaran rakan-rakan strategik. Melalui Takaful Malaysia dan Wassiyah Shoppe Berhad, PSB merangka kerjasama melalui program pewakafan selepas meninggal dunia berdasarkan instrumen wasiat. Perancangan ini sejajar dengan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 13 dan 14 Februari 2022 yang memperaku pewakafan selepas meninggal dunia dengan jumlah tidak melebihi 1/3 daripada harta adalah mematuhi hukum syarak.


Bagi kerjasama strategik bersama Bank Simpanan Nasional (BSN), PSB akan mengorak langkah untuk menambah saluran kutipan melalui kemudahan berwakaf bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat menyalurkan sumbangan wakaf tunai. Selain itu, menerusi Asri Ahmad Academy, PSB akan bekerjasama melalui perancangan program-program pendidikan melibatkan pelaburan saham patuh syariah dan dalam masa yang sama membuka peluang kepada pelabur-pelabur saham untuk berwakaf.


PSB ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada Takaful Malaysia dan Bank Simpanan Nasional kerana telah bermurah hati menjadi agensi yang awal menghulurkan sumbangan wakaf tunai korporat kepada program WaQaf 365. Insha-Allah, dana tersebut akan dimanfaatkan oleh MAIPk bagi pembangunan wakaf yang holistik di negeri Perak khususnya melibatkan bidang kesihatan, pendidikan, ekonomi dan keagamaan.


8 views0 comments
bottom of page